top of page

ROADTOUR TO ETAC 2024 SIRI 2
SESI 1 2024/2025

Tarikh: 21 Ogos 2024

Tempat: DKU

​

Objektif:

  1. Memberi pendedahan berkaitan ETAC dan OBE kepada pelajar semester 1, 2, 3 dan 4 bagi Sesi 1 2024/2025

​

Perlaksanaan Program:

Program ini telah dilaksanakan pada 21 Ogos 2024 iaitu pada hari Rabu bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Politeknik Seberang Perai yang dianjurkan oleh AJK ETAC Kriteria Pelajar JKE. Seramai lebih kurang 213 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar semester 1 sehingga 4 yang meliputi ketiga-tiga program di Jabatan Kejuruteraan Elektrik iaitu Diploma Kejuruteraan Elektronik(Komputer) DTK, Diploma Kejuruteraan Elektronik(Komunikasi) DEP dan Program Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik(DEE) yang telah mengikuti taklimat tersebut. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Masliza Binti Maskin dan Puan Noor Hanim Binti Abu Bakar serta En Nik Izzuddin Bin Nik Ramli yang berperanan sebagai Pengacara Majlis. Pelajar-pelajar diberi penerangan berkaitan ETAC, OBE serta kepentingannya kepada para pelajar.

​​

Impak program:
Pelajar telah mendapat penerangan yang jelas berkaitan dengan ETAC, OBE dan kepentingannya kepada pelajar. Pelajar juga mendapat penjelasan, penerangan serta panduan berkaitan dengan temubual yang akan dilalui oleh para pelajar semasa audit ETAC yang akan berlangsung tidak lama lagi.

​​

210824-1.png
210824-2.png
bottom of page