top of page
Bengkel Item Pentaksiran bagi Program di Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Kursus E-Learning

​

Tarikh:
30 hingga 31 Oktober 2019

Jabatan : JKE

 

Objektif Program:

1. Melaksanakan kaedah pembinaan ítem pentaksiran yang berkualiti selaras dengan  perlaksanaan kurikulum baharu politeknik 2019.

2. Dapat memetakan dengan tepat kandungan kurikulum dengan pentaksiran yang betul     (constructive alignment)

3. Peka terhadap perubahan semasa terutamanya semasa proses pelaksanaan kurikulum baru.

 

Sasaran:

Peserta adalah terdiri daripada semua staf JKE, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Program di PSP.

 

Perlaksanaan Program:

Program adalah berdasarkan waran dari JPPKK untuk melaksanakan bengkel di atas. Bengkel ini telah dilaksanakan selama 2 hari bermula 30 hingga 31 Oktober 2019. Penceramah adalah merupakan Master Trainer Item Pentaksiran JPPKK iaitu Puan Zarinah Binti Zaini dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA).

​

Bengkel ini telah dibahagikan kepada beberapa sesi yang mana peserta telah diberikan maklumat secara lengkap berkenaan item meliputi Penjajaran Konstruktif, FEIST dan CIST serta kaedah membina item peperiksaan akhir yang baik.

​

Peserta juga turut diberikan tugasan berkumpulan serta berpeluang untuk bertanyakan soalan semasa sesi soal jawab bersama penceramah bagi menambahkan kefahaman.

 

Impak program:

Kesinambungan daripada program ini adalah, para pensyarah bersedia untuk membuat pemurnian item-item bagi kursus yang diajar pada masa akan datang. Pemurnian ini adalah penting bagi memastikan item yang dihasilkan adalah mempunyai kesahan yang tinggi serta sejajar dengan kurikulum kursus. Hasilnya pencapaian sebenar pelajar dapat diukur dengan lebih tepat dan seterusnya CQI kursus dapat dihasilkan melalui hasil yang diperolehi

JKE_30-31Okt2019-3
JKE_30-31Okt2019-1
JKE_30-31Okt2019-2

Penceramah memulakan sesi bengkel bersama peserta

Sebahagian peserta yang sedang mengikuti bengkel

Ketua Program DEE selaku wakil pengurusan menyampaikan cenderahati kepada penceramah

bottom of page