.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
Taklimat OBE kepada Pensyarah
Program Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam
Jabatan Perdagangan
Politeknik Seberang Perai
Tarikh: 16 November 2021
Platform: Ms Teams
Objektif
-
Memberi kefahaman kepada pensyarah berkenaan dengan keseluruhan konsep OBE.
-
Memantapkan kaedah pelaksanaan OBE di PSP
Sasaran:
Peserta adalah terdiri daripada semua pensyarah Program Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam, Politeknik Seberang Perai.
Pelaksanaan Program:
Penerangan adalah meliputi semua elemen penting yang terdapat di dalam Sistem Pendidikan Berasaskan Hasil atau Outcome Based Education System. Penceramah taklimat ialah Pn Azlina Binti Abdul Aziz dan Encik Sazali Bin Husin dari Unit OBE Politeknik Mukah Sarawak. Penerangan adalah meliputi pengenalan terhadap OBE , serta perkongsian tips pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan pelajar.
Perbincangan tertumpu kepada perbincangan CLO dan domain taksonomi pembelajaran. Perbincangan turut merangkumi perkaitan CLO, pemberat penilaian berterusan serta maklumat yang terkandung di dalam silibus. Sample kursus yang dipilih ialah DPD20053 Islamic Economics.
Impak Program:
Kesinambungan daripada program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pensyarah serta dapat mengaplikasi input di dalam semua aspek sistem OBE. Kefahaman yang baik dapat meningkatkan kebersediaan pensyarah bagi menghadapi audit MQAVA pada 24 November 2021.

