.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
PROJECT KNOWLEDGE SHARING JTMK
Tarikh: 23/5/2023
Tempat: Dewan Kuliah Utama (DKU), Politeknik Seberang Perai
​
Objektif:
I. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar JTMK tentang
menghasilkan projek akhir yang berkualiti.
II. Memberi panduan dan motivasi untuk menggalakkan penglibatan
pelajar dalam pembangunan projek akhir.
III. Meningkatkan kemahiran softskill dan hardskill pelajar-pelajar, dalam
pembangunan projek akhir.
IV. Memupuk minat dan keyakinan para pelajar JTMK untuk menghasilkan
projek akhir.
V. Memupuk sifat kreatif, inovatif, bekerjasama dan mengamalkan cara
kerja yang bersistem dan bertanggungjawab
​
Perlaksanaan Program:
Program Project Knowledge Sharing JTMK ini ialah berbentuk sumbangan tenaga yang melibatkan pihak penceramah luar yang akan memberi taklimat dan perkongsian ilmu dalam proses pembangunan projek akhir pelajar di Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Program ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan membantu pelajar yang mengambil subjek projek (DFT50114) untuk menghasilkan projek akhir mereka. Terdapat seramai 101 orang pelajar dan 14 orang pensyarah/staf terlibat secara langsung dan mendapat kerjasama daripada JTMK di PSP bagi menjayakan program Project Knowledge Sharing JTMK.
​
Impak Program:
Hasil yang akan dicapai dan diperolehi daripada pelaksanaan program kepada:
i. Pelajar
ii. Pensyarah / Pegawai / Staf
a) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar JTMK tentang menghasilkan projek akhir yang berkualiti.
b) Memberi panduan dan motivasi untuk menggalakkan penglibatan pelajar dalam pembangunan projek akhir.
c) Meningkatkan kemahiran softskill dan hardskill pelajar-pelajar, dalam pembangunan projek akhir.
d) Memupuk minat dan keyakinan para pelajar JTMK untuk menghasilkan projek akhir.
e) Memupuk sifat kreatif, inovatif, bekerjasama dan mengamalkan cara kerja yang bersistem dan bertanggungjawab.
​


