.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
PROGRAM EXCELLENCE IN DATABASE DESIGN
Tarikh: 25/5/2023
Tempat: Dewan Tayangan UIDM, Politeknik Seberang Perai
​
Objektif:
i. Meningkatkan kefahaman pelajar program Diploma Digital Teknologi (DDT) terhadap kursus Database Design.
ii. Membina keyakinan dan minat pelajar terhadap kursus Database Design.
iii. Mendedahkan pelajar dengan koleksi soalan-soalan peperiksaan akhir sebelum menghadapi peperiksaan akhir bagi sesi 2 2022/2023.
​
Perlaksanaan Program:
PROGRAM EXCELLENCE IN DATABASE DESIGN merupakan program yang melibatkan enam orang pensyarah Database Design dan seramai 50 orang pelajar terpilih. Ianya dilaksanakan secara bersemuka di mana pelajar telah diberikan koleksi soalan peperiksaan akhir sesi-sesi lepas mengikut topik yang dipilih.
Setiap pelajar perlu menjawab soalan yang diberikan dan dibincangkan di dalam kumpulan.
Hasil jawapan daripada pelajar dibentangkan dan seterusnya dibincangkan bagi mendapatkan hasil jawapan yang lebih tepat mengikut skema jawapan yang telah disediakan. Penerangan lanjut mengenai topik yang ditanyakan diterangkan dengan lebih terperinci oleh pensyarah. Program ini diadakan bertujuan memberi pendedahan dan membantu pelajar yang mengulang kursus dan juga pelajar yang dikenalpasti mendapat skor penilaian berterusan yang rendah.
​
Impak Program:
Hasil kajiselidik daripada Borang Maklum Balas Program Excellence in Database Design:
i. Majoriti responden iaitu sebanyak 80% pelajar sangat bersetuju dan 16% pelajar bersetuju bahawa terdapat peningkatan pengetahuan dan pemahaman berbanding sebelum ini.
ii. Majoriti responden iaitu sebanyak 88% pelajar sangat bersetuju dan 6% pelajar setuju bahawa pada keseluruhannya kursus ini adalah berjaya dan bermanfaat kepada mereka.
​


