top of page

LAWATAN PENADAARASAN OLEH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH KE UNIT JAWATANKUASA OBE POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)

​

Tarikh: 20 JULAI 2020

Tempat: Bilik Mesyuarat JKM

​

Objektif:

1. Berkongsi Amalan Baik (Best Practice) perlaksanaan OBE di PSP kepada JKE PTSB.

2. Mengeratkan jalinan kolaborasi di antara PTSB dan PSP.

 

​

Perlaksanaan Program:

​

Program ini merupakan kunjungan hormat dari PTSB ke Unit Jawatankuasa OBE PSP. Penerangan telah diberikan oleh Ketua Jawatankuasa OBE PSP iaitu En. Kamarul Hisyam B. Osman @ Othman dan dibantu oleh ahli-ahli Jawatankuasa OBE iaitu Pn. Azlina bt. Abd Aziz, Pn. Nurulhayati Bt. Che Rani dan Pn. Lim Bee Ling.

 

Penerangan adalah meliputi kaedah perlaksanaan OBE di PSP bermula dengan pembentukan jawatankuasa, penyelarasan aktiviti di setiap jabatan dan kaedah sebarluas OBE di PSP. Kaedah perlaksanaan Continuous Quality Improvement (CQI) turut dikongsikan bagi memastikan Sistem OBE yang dilaksanakan adalah close loop.

​

Impak Program:

​

Program ini sangat membantu JKE PTSB bagi menghadapi interim Audit ETAC pada tahun 2020. Hasil daripada lawatan ini, JKE PTSB akan merancang dan melaksanakan aktiviti OBE untuk pelajar dan staf di JKE PTSB khususnya.

 

​

​

 

​

PTSB_1 - nurulhayati rani.jpg
PTSB2 - nurulhayati rani.jpg
PTSB_3 - nurulhayati rani.jpg
bottom of page