.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
Bengkel Training of Trainers (TOT)
Kursus MPU21023
Penghayatan Etika dan Peradaban
​
Tarikh: 07 DISEMBER 2020
Tempat: Bilik TECC, JKM, PSP
​
Objektif:
​
1. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pensyarah dalam menguasai kursus MPU21023 Penghayatan Etika dan Peradaban.
2. Membincangkan strategi dan metodologi PdP yang berkesan bersesuaian dengan kursus dalam suasana pengajaran dan pembelajaran dalam talian (PdPDT).
Perlaksanaan Program:
​
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada pensyarah berkaitan kandungan kursus serta aspek yang perlu diberikan penekanan semasa proses PdP. Kursus MPU21023 Penghayatan Etika dan Peradaban merupakan kursus baru yang ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Politeknik bermula sesi Jun 2020.
Justeru, program ini diadakan secara atas talian (webinar) dengan menghimpunkan 266 pensyarah politeknik di seluruh Malaysia. Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am mengambil inisiatif untuk mengumpulkan kesemua 23 orang pensyarah PSP bagi sama-sama mengikuti sesi webinar seterusnya melaksanakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) selepas tamat setiap sesi webinar harian.
Para pensyarah didedahkan dengan strategi dan pendekatan yang bersesuaian berdasarkan pengetahuan kandungan pedagogi (pedagogy content knowledge).
​



