top of page

Taklimat Sebar Luas OBE Kepada Pelajar

Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai

Sesi 1 2021/2022

​

Tarikh: 12  November 2021

Platform: Ms Teams

 

Objektif

  1. Memberi kefahaman kepada pelajar berkenaan dengan keseluruhan konsep OBE.

  2. Memantapkan kaedah pelaksanaan OBE di PSP.

 

Sasaran:

Peserta adalah terdiri daripada semua pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Seberang Perai.

 

Pelaksanaan Program:

Maklumat berkaitan OBE di sampaikan oleh Penasihat Akademik kelas masing-masing. Taklimat meliputi semua elemen penting yang terdapat di dalam Sistem Pendidikan Berasaskan Hasil atau Isi kandungan taklimat tertumpu kepada tiga bahagian yang perlu diketahui oleh pelajar meliputi pengenalan terhadap OBE, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan penilaian serta perkongsian tips pembelajaran berpusatkan pelajar.

Pelajar diberi penerangan berkaitan PLO, CLO dan domain taksonomi pembelajaran. Untuk bahagian Pengajaran dan Pembelajaran pelajar diterangkan kaedah pembelajaran yang dapat meningkatkan kefahaman sesuatu kursus. Pelajar juga perlu memahami isi kandungan Course Outline yang telah diedarkan oleh pensyarah agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang digariskan di dalam silibus. Pelajar juga perlu mengetahui cara pengiraan SLT, aspek penilaian berterusan dan penilaian peperiksaan akhir.

 

Impak Program:

Kesinambungan daripada program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman pelajar serta dapat mengaplikasi input di dalam semua aspek sistem OBE. Kefahaman yang baik dapat meningkatkan kebersediaan pelajar bagi menghadapi audit MQAVA pada 24 November 2021.

​

JP_121121-01.JPG
JP_121121-02.JPG
JP_121121-03.JPG
bottom of page