top of page

Taklimat Kesedaran Dan Persediaan Akreditasi ETAC 2024 Kepada Staf Sokongan di Unit Sokongan dan Jabatan Akademik

Tarikh: 15 Julai 2024

Tempat: Bilik tayangan UIDM

​

Pelaksanaan Program:

Satu taklimat kesedaran dan persedian Akreditasi ETAC 2024 kepada staf sokongan di unit sokongan dan jabatan akademik telah diadakan pada 15 Julai 2024 di Bilik tayangan UIDM. Encik Mazlan bin Che Mustafa, Ketua Unit Jaminan Kulaiti memberikan kata aluan pada taklimat tersebut. Taklimat telah dibahagikan kepada 4 sesi. Sesi pertama adalah Taklimat Lawatan Akreditasi ETAC 2024 yang telah disampaikan oleh Ts. Kamarul Hisyam Bin Hj Osman @ Othman selaku Pegawai Akreditasi PSP. Beliau memaklumkan berkaitan persediaan yang dilakukan sebelum audit akreditasi pada 24-25 September 2024. Bidang tugas dan peranan staf sokongan dalam persediaan dan semasa audit ETAC berlangsung. Sesi kedua berkaitan dengan Taklimat IOW (Inspector of Work) telah disampaikan oleh Encik Muhammad Amin Bin Abd Rahman, Ketua Unit (UPS). Beliau menerangkan kebaikan dan tatacara permohonan bagi IOW. Manakala, Ts. Kamaruzaman Bin Jaaffar selaku Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan PSP telah menyampaikan Taklimat OSH (Occupational Safety and Health). Taklimat OSH yang disampaikan menyentuh berkaitan teguran panel terhadap politek-politeknik lain serta penambahbaikan yang boleh dilakukan. Ini adalah sebgai persediaan dalam menghadapi lawatan audit akreditasi ETAC. Bagi meningkatkan kefahaman berkaitan OBE (Outcome Based Education) dikalangan staf sokongan, taklimat telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras OBE PSP iaitu Puan Nurulhayati Binti Che Rani. Makluman berkaitan BEM, pengetahuan asas OBE, Programme Learning Outcome, peranan staf sokongan dalam sistem OBE dan capaian maklumat OBE telah disampaikan.  

 

Taklimat Kesedaran Dan Persediaan Akreditasi ETAC 2024 Kepada Staf Sokongan Di Unit Sokongan Dan Jabatan Akademik telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semua peserta lebih memahami tentang peranan masing-masing dalam sistem OBE dan persediaan menghadapi akreditas ETAC.

 

​

150724 -1.png
150724 -2.png
150724 -3.png
bottom of page