.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
OBE CHALLENGE FOR PSP STUDENTS
Tarikh: 19/03/2025 (Rabu)
Tempat: MAKMAL AM 2, JMSK
​
Objektif Program:
1.Memberikan pendedahan kepada pelajar kepentingan OBE dalam pembelajaran.
2.Meningkatkan kemahiran komunikasi, kerjasama dan pemikiran kritis pelajar
3. Menyediakan platform untuk pelajar menambahkan pengetahuan berkenaan OBE.
​
Sasaran:
Peserta adalah terdiri daripada 34 pelajar yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Pelaksanaan Program:
Program OBE Challenge for PSP Students telah diadakan pada 19 Mac 2025 bertempat di Makmal G2, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.
Program bermula dengan sesi pengenalan OBE melalui taklimat OBE yang disampaikan oleh Puan Nurulhayati Binti Che Rani, ketua penyelaras OBE PSP. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan pertandingan kuiz menggunakan platform Quizizz yang dikendalikan oleh Ts. Shu Haila Binti Mohd Yusof, di mana pelajar menjawab soalan berkaitan OBE secara dalam talian secara individu.
Pertandingan ini bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan. Aktiviti ini telah berjaya mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan serta menggalakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh.
​
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)