.png)

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Jalan Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Tel: 04-538 3322 | Faks: 04-538 9266
Outcome-Based Education (OBE)
%20Black%20(1).png)
LAWATAN PENANDAARASAN OLEH POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU) KE UNIT JAWATANKUASA OBE POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
​
Tarikh: 07 DISEMBER 2020
​
Objektif:
​
a) Berkongsi Amalan Baik (Best Practice) perlaksanaan OBE di PSP kepada PBU.
b) Mengeratkan jalinan kolaborasi di antara PBU dan PSP.
Kehadiran deligasi:
​
Deligasi adalah terdiri daripada 4 orang wakil daripada Unit OBE, PBU yang diketuai oleh Pn. Norsalina Bt. Hassan.
Perlaksanaan Program:
​
Program ini merupakan kunjungan hormat dari PBU ke Unit Jawatankuasa OBE PSP. Penerangan telah diberikan oleh Ketua Jawatankuasa OBE PSP iaitu En. Kamarul Hisyam B. Osman @ Othman dan dibantu oleh ahli-ahli Jawatankuasa OBE, iaitu Pn. Nurulhayati Bt. Che Rani, Pn. Lim Bee Ling dan En. Mohammad Tajudin Bin Abdul Karim serta pegawai akreditasi PSP, Pn. Nurhasliza Bt. Rosli. Penerangan adalah meliputi kaedah perlaksanaan OBE di PSP bermula dengan pembentukan jawatankuasa, penyelarasan aktiviti di setiap jabatan dan kaedah sebarluas OBE di PSP. Pengalaman menghadapi audit dan persediaan fail turut dikongsi dalam sesi perkongsian ini.
​
Impak Program:
​
Program ini sangat membantu Unit OBE PBU bagi menghadapi Pengauditan Akreditasi MQA pada tahun 2021. Hasil daripada lawatan ini, Unit OBE PBU akan merancang dan melaksanakan aktiviti OBE untuk staf dan pelajar di PBU.
​
​
​


